|
▸ Suratan dan Ketentuan ... ♬
Friday, 2 December 2011
|

Andai sudah tertulis bahagia aku cuma sementara dengan dia, aku redha kehendakNya. aku terima ketentuanNya. dan aku amat bersyukur dipertemukan dengan insan yang mampu buat aku tersenyum dan ketawa. terima kasih awak. terima kasih kerana sudi hadir menceriakan hidup budak kecik ni.
hanya sampai di sini saja
kisah cinta kita berdua
tiada daya selamanya
terhenti di sini
bila teringat semula pertemuan demi pertemuan, aku akan senyum dan ketawa. seronok sangat la masa tu. macam dunia ana yang punya. hahaha. dan selalu aku akan kalah dek renungan tajam mata yang tajam tu lah. Ah! bahagianya rasa...
biar ku pujuk hati inimerawat luka ku sendiri
setelah aku kau lukai
sedangkan kau tahu
kasih aku hanyalah untukmu
tiada lain dalam diriku
takkan berubah
walau dipisah laut biru
aku redha andai itu takdirNya. sekurangnya aku dapat rasa dan tahu apa itu bahagia. aku berterima kasih pada Allah yang telah beri aku peluang untuk rasa disayangi dan menyayangi. apalah yang lebih indah bagi seorang perempuan selain daripada terus disayangi oleh lelaki yang dicintai.
cinta aku hanyalah untukmutak pernah goyah
tak pernah jemu
takkan terpadam dalam hatiku
ia milikmu... percayalah
mungkin sudah suratan kita
terpisah sebegini saja
pasti di suatu hari nanti
ku jejak bahagia...
ianya akan kekal selamanya dan tersimpan di sudut hati yang paling dalam.
selamanya.........