|
▸ semalam yang indah ... ♬
Monday, 5 December 2011
|

bila hati dah suka, sehari tak nampak pun boleh gila bayang rasanya. ok. bahagia. tu je aku rasa semalam.
eh, semalam ke? emm, tak kira la bila yang penting aku bahagia.
bukan senang untuk aku rasa bahagia. hanya orang orang tertentu sahaja boleh membahagiakan aku. macam riak kan? bukan niat aku nak S.B.R.B tapi aku memang susah nak rasa bahagia. maksud aku bahagia yang berpanjangan. kalau happy pun tak sampai sehari lepas tu aku akan down semula. itulah aku.
tapi, awak dah berjaya buat saya tersenyum sepanjang hari ni dan terima kasih. buatlah saya senyum selalu ye awak. ^^' *memang tak malu kan.
bayangkan, saya dah lama minat kat awak. lama tau. tapi baru sejak sejak ni awak macam nak berborak dengan saya, gurau gurau, ketawa ketawa. seronoknya hati ni, Allah je yang tau. kalau tak, kita usha awak dari jauh je sebab kita malu.

bila awak dekat dengan saya walaupun jaraknya 100 meter, jantung saya akan berdegup macam tak cukup darah nak pam. saya akan mula gelabah bila awak makin dekat walaupun masa tu awak hanya nak bercakap dengan kawan saya. nampak tak saya suka awak? tak nampak kan... sedih saya masa tu
tapi saya tak kisah. sabar je....
dan sekarang, hari hari saya mula ceria dengan kesudian awak hadir dan ceriakan hidup saya.
tak semua orang beruntung macam saya. dapat berborak dengan awak, chat dengan awak, message dengan awak. orang lain tak dapat semua tu. baru saya sedar yang saya amat beruntung. selama ni saya selalu anggap saya macam malang aje.
terima kasih. <3. sayang awak.