|
▸ -disebalik wajah- ... ♬
Thursday, 19 April 2012
|
assalamualaikum semua semua..
okay, hari ni saya a.k.a cik dayah lah senang. senang nak bahasa kan diri. cik dayah nak bagi tau kat hangpa hangpa semua wajah wajah selebriti yang cik dayah rasa semua kot kenal. wajah wajah itu seakan sama dengan wajah wajah yang berada di sekeliling cik dayah. dan wajah wajah itu sangat dekat dengan cik dayah.
nak habaq sikit lah, kalau hangpa semua nak tau, setiap cerita yang ada pelakon pelakon ni, tak kira lah best ke tak best, sedap ke tak sedap, cik dayah layan je sampai habis. tu pun kalau tak ada gangguan. tapi kebanyakkannya semua best. *mood gedik dah masuk
1. talha harith
semua orang rasanya kenal kot kat hero yang sorang ni. sejak sejak ni nama dia dah makin laris kat mana mana. tapi bukan tu cik dayah nak kongsi dengan hangpa. cik dayah nak bagitau, yang muka dia ni sama dengan muka budak sorang tu. tak boleh lah bagitau sapa dia, itu sangat dirahsiakan. :) jangan marah naaa... hehe. cik dayah pun baru perasan yang muka talha ni sama dengan budak tu masa dia berlakon dalam cerita tanah kubur. tu pun dah masuk musim ketiga baru perasan. tang mana serupa? tang mata dgn mulut. sama sama. lagi bila hero ni bukak mulut dan bersuara. ehehhe *sengih gedik
2. lee dong wok
ahah! yang sorang ni cik dayah perasan dari dulu dah. masa drama korea yang hot tu, my girl baru keluar kat tv. muka dia ni ada iras iras teman cik dayah masa sekolah rendah dulu. tang mana iras? hmm, tang bibir tu. sangat lah seiras.tak payah nak berkerut sangat muka tu fikir kenapa cik dayah boleh kata hero korea ni boleh sama muka dengan anak jati melayu. cik dayah pun tak tau kenapa tapi memang tu lah bendanya. sama tapi tak serupa. teman cik dayah tu pun cerah, tapi memang tang bibir tu. alahai!! *muka cair~~~~
3. taylor lautner
yang sorang ni pulak, masa dia kecik kecik dulu memang sebijik ah orang kata kan dengan muka teman cik dayah. masa dia berlakon movie shark boy and lava girl tu. masa mula mula tengok movie tu tak perasan lagi. tapi bila dah tengok banyak baru perasan. mata dia yang sepet tu yang buat depa berdua nampak sama. ya, sama. tapi sapa sangka, budak yang dulu comel sekarang dah makin handsome!! *muka teruja habis*
demikian wajah wajah mereka. cik dayah faham. mungkin ada yang susah nak percaya atau lebih tepat tak percaya langsung. cik dayah tak kisah. pendapat masing masing. dah nama pun seakan akan sama. tak 100% serupa. ada la sikit sikit saja yang sama. cik dayah memang tak letak gambar mereka yang dikatakan seiras kerana itu biarlah menjadi rahsia. nanti kantoi pulak dengan sesiapa kan. susah susah! okay lah. dah lewat sangat ni. apa apa pun, terima kasih kerana sudi singgah dan membaca secebis coretan yang tak seberapa ni. :) wink wink~~
selamat malam...