ehem ehem. hari ni saya nak cakap sikit. emm, bukan cakap, bagitau. sama jelah kan tu. ok. S.T.T.P.
korang mesti pernah bercinta kan. tapi kadang kadang korang rasa ragu ragu dengan keikhlasan pasangan korang. mesti timbul di benak benak pemikiran korang semua yang dia ni betul ke sayang kat aku? dia ni ikhlas ke tak cintakan aku. so, untuk tahu semua tu. check it out!
1. BERSAHAJA

dia tidak akan berpura pura menjadi orang lain atau berlakon baik semata mata mahu menambat hati korang. sebaliknya si dia akan kelihatan tenang dan bersahaja setiap kali berdepan dengan korang. *jadinya kalau keluar dating ke, apa ke,just be your self okay!*
2. GEMBIRA BERSAMA
tiada paksaan atau lakonan di wajahnya. ekspresi gembira jelas terpancar di wajahnya ketika korang bertemu atau menghabiskan masa bersama.*so,jgn jadi manusia yang pura pura ye!*
3. TERIMA KAMU SEADANYA
dia menerima kelebihan dan kelemahan diri korang seadanya. dia tidak memaksa korang menjadi orang lain untuk memenuhi ciri ciri pasangan idamannya.
4.JUJUR
ni paling penting dalam sesebuah perhubungan.kalau tak ada sikap yang satu ni, hubungan korang akan bermasalah! baik dari segi percakapan ataupun perlakuan, dia ikhlas dan berterus terang. sebab kaki penipu biasanya akan menggunakan ayat ayat manis tetapi orang yang jujur akan guna bahasa yang biasa.*sepandai pandai tupai melompat, pandai lagi harimau mengaum* :))
5. HORMAT
di awal perkenalan sehingga korang bersama sebagai kekasih, dia hormat dan tidak sesekali cuba untuk ambil kesempatan atau berkasar dengan korang. *if you a girl, be careful! susah nak cari lelaki yang betul betul menghormati kita sebagai perempuan sekarang ni. hati hati dengan kebaikan seorang lelaki. jangan sebab terhutang budi tergadai body sudah la ye!*
6. BERTEMU DENGAN KELUARGA

ahah! ni ada up sikit. jika si dia memang ikhlas, dia tidak akan keberatan untuk berkenalan dengan keluarga korang. hmm, mungkin dia juga akan bawa korang jumpa dengan keluarga dia.*kalau dia dah tunjukkan keikhlasan dia sampai macam tu, pilihan korang superb!* wink wink!
7. TIDAK MENYEMBUNYIKAN KAWAN
orang yang ikhlas mencintai korang akan bersikap terbuka dan tidak akan menyembunyikan kawan kawannya daripada kamu.
dan yang akhir sekali. sangat sangat penting!
8. MENGAMBIL BERAT
walau sesibuk mana pun, dia akan menghubungi korang untuk bertanyakan khabar, dah makan ke belum, tengah buat apa dll. kesungguhan dan sikap prihatin yang ada pada si dia menunjukkan lagi yang dia memang betul betul ikhlas menerima kamu sebagai pasangan dia.
p/s: sumber ini saya dapat dari majalah remaja edisi 1 Nov 2011 (harap maklum)