▸ kisah hari malam ini ... ♬
Monday, 21 November 2011
♥ posted at: @09:04
0 wishes // make a wish?


ok. malam ni je macam macam benda jadi kat aku.

1. kena minyak panas
-ceritanya macam ni, ibu suruh gorengkan sukun sebab ibu ada yasin kat rumah jiran. jadinya tengah syok menggoreng tu tetiba pulak meletop sukun dalam kuali tu. terkena kat tangan. dah melepuh dan menggelembung.
tak cantik la tangan. tangan nak sarung cincin pulak tu. adoi! kena buat treatment lebih ni.

2.kemenangan skuad Malaysia dalam sukan SEA 2011
-ok. setelah bermacam dugaan yang dilalui, akhirnya! kemenangan menjadi milik Malaysia. setelah mengharungi pelbagai tohmahan dan cacian rakyat indonesia, Malaysia akhirnya berjaya memiliki emas untuk bola sepak(ayat macam pengulas sukan pulak dah, terbawak bawak la nie)

3.sakit tekak sampai hilang suara
-disebabkan ini final game, semangat dia lain macam sikit. berkobar kobar ni nak tengok game. tengok dengan ayah dekat rumah, memang suara kitaorang berdua jela yang bergegar. (dua orang macam sepuluh orang). dan disebabkan sesi jerit menjerit bagi semangat(walaupun players tak boleh dengar) suara saya dah serak serak basah ala ala ella. boleh dah kalau nak karok ni.

sekarang nie masih memikirkan cara nak baikkan tekak dan tangan yang dan melepuh nie. esok lusa kalau dah meletup jadi luka pulak. pedih lagi. hmm, nampak sangat jarang jengah dapur kan sampai terpercik bagai.
alahai anak dara~

◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011