|
▸ 3 sudah 6 yang tinggal ... ♬
Wednesday, 16 November 2011
|
fuuhhhh!!! ini baru betul erti kelegaan tapi kelegaan yang bukan sebenar. hmm, macam mengarut kan? ah, lantaklah. hangpa semua tak rasa apa yang cheq rasa. macam orang bercinta hang tau. mula mula kenai, rasa ok lagi. bila dah start dekat dekat, mula tak senang duduk. bila hati rasa dah suka mula buat apa pun tak kena. bila perasaan dah rasa terikat, mula lah rasa nak demam. demam cinta. satu hari tak nampak boleh gila bayang jadinya. jantung macam nak terkeluar selagi tak bagitau si dia yang kita suka pada dia! huh!
hahha, mesti sesiapa yang membaca ni cakap "ape budak nie merepek? sepak laju laju kang''. sebenarnya
saya amat rasa lega selepas selamat menduduki paper sejarah. sangatlah lega kan. tinggal lagi satu subjek teras lepas tu subjek elektif pulak. sangat tidak sabar pula menunggu detik 4.30 petang pada 5 disember 2011.
amat tidak pasti apa yang saya akan lakukan apabila pengawas peperiksaan mengambil buku jawapan akaun saya. mungkin melompat? atau memeluk pengawas peperiksaan? oooo, tunggulah detik ketibaannya.