▸ berdiri atas kaki sendiri ... ♬
Monday, 5 September 2011
♥ posted at: @07:55
0 wishes // make a wish?


tak usah dihitung dugaan yang melanda, tak usah dibilang kepedihan yang tercipta, tak usah dikira titisan airmata yang jatuh menyembah bumi. semua hanya sementara. aku pasti hanya sementara. BERDIKARI! belajar hidup sendiri. jangan harap orang lain. bukan selamanya mereka dengan aku. setiap pertemuan itu akan adanya perpisahan. so, berdikari. biasakan diri dengan kesunyian. jangan jadikan airmata sebagai teman kerana itu hanya buat aku lemah. aku kena kuat, aku harus ingat tak ada sesiapa akan bersama dengan aku selain Allah Yang Maha Esa. Dialah tempat aku mengadu. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. hari ini akan menjadi semalam dan esok akan menjadi hari ini. semoga lebih baik. semoga esok dan seterusnya akan menjadi sejarah yang indah untuk dikenang.

◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011