▸ is better and newer ... ♬
Tuesday, 9 August 2011
♥ posted at: @07:41
0 wishes // make a wish?


hari ini akan jadi semalam dan esok akan jadi hari ini. setiap yang baru harus ada permulaan yang baru juga. semoga hari ini lebih baik dari semalam dan esok akan jadi lebih baik dari hari ini. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan dugaan yang diberi akan ditukar dengan yang lebih baik. sabar dan sabar. tak guna nak meratapi apa yang dah jadi, nama pun benda DAH JADI so tak payah nak diungkit dan dibahas lagi. buat apa nak cerita tentang perkara yang menyakitkan hati sendiri, diam itu kan lebih baik. hakikat harus diterima kerana itu adalah yang telah ditetapkan oleh-Nya. siapalah kita untuk merubah takdir. kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya. kita hanya mampu berdoa dan berdoa agar yang dirancang mampu dicapai, InsyaAllah. segalanya telah dirancang sempurna oleh Maha Pencipta. tiada manusia yang sempurna tetapi kita harus berusaha untuk menjadi yang terbaik.

◂◂ travel back in time ♪ // back to top \\ ♪ back to the future ▸▸
© All Rights Reserved 2011