ok, aku rasa esok aku akan jadi patung cendana atau lebih tepat jadi macam manusia tak cukup sifat, (OKU mungkin) sebab esok adalah hari yang paling aku tak suka sepanjang aku bersekolah iaitu hari guru berjumpa ibu bapa, hari terbuka lah*hari penyerahan report card dan hari dibebel sepanjang hari
so aku mula cuak dan kecut perut*bukan takat perut, hati, limpa semua dah semakin tak ada dah rasanya ni
apa la agak agak cikgu cakap pada parents aku ye, yang baik or yang tak baik?
kalau ikut gerak hati macam percent tak baik tu melebihi yang baik, tp kalau baik tu lebih mmg miracle la wei! Whoaaa! aku cakap macam tu bukan apa, sebab aku kat sekolah macam hantu, hantu pun tak macam aku*rasanya lah, dengan homework selalu tak siap, result mid-year yang cukup cukup paras je*tu pun ada jugak yang gagal, memang masak kicap la aku esok..mak aku mesti bebel kaw kaw punyalah! yelah, setahun sekali je dapat bebel macam tu kat aku, kalau hari hari lain sah sah aku buat don't know je la kan, ni depan cikgu takkan nak buat macam tu jugak, so, tadah kan je telinga ye
tapi aku comfirm mak aku takkan berhenti bebel, esok esok dan seterusnya pun mesti dia sambung dia punya bebel yang boleh buat telinga aku ni memerah panas, boleh kalah wo gunung berapi! hehe
tapi apa apa pun, aku redha je, nak buat macam mana kan, benda dah jadi, siapa suruh tak buat betul betul, berani buat berani tanggung lah kan, ok, pasrah saja lah wahai hidayah..
ok, stop cerita pasal esok, ada kerja yang berderet untuk aku siapkan, so, adioss!
assalamualaikum